Tuesday, April 5, 2011

Werkin.....

Hari nie mulakan mingguku bekerja setelah beberapa hari menjaga Aira kat hospital. Hatiku terganggu nak wat keje nie. Risaukan aira kat hospital tuh. Nasib baik suamiku dapat menggantikan diriku untuk menjaga dia. Thanx sayang sebab dapat jaga Aira hari ni. Kerja ku sangat banyak hari nie memandangkan beberapa hari dah tak datang keje. Tapi hatiku dan fikiranku melayang mengenangkan Aira jer.....Tadi telefon dia pon terdengar bebelan dia diselitkan dengan bunyi batuk dia yang berkahak tuh.Kesiannya anak mama sorang nie. Kecik-kecik lagi dah sakit macam nie. Sedey rasanya. Tapi aku bersyukur kerana tuhan mengurniakan seorang anak yang bijak dan ceria. Semoga Allah S.W.T akan menyembuhkan dia dan hindarkan dia dari sebarang penyakit. Amin...

Monday, April 4, 2011

Kesian...

Aira tak sehat lagi.....mungkin berjangkit dari nursery dia.....nie la sebenarnya the bad effects of staying in the nursery....Kalau sorang sakit, abis semua kena....yang kesiannya, my baby aira..tak pasal2 dia demam n batuk berkahak.....nie masuk sepital lagi.....kesian dengar dia batuk .....apatah lagi tengok dia kat fisio wat suction..... ya allah....tuhan saja yang tau betapa luluhnya hati seorang ibu melihat anaknya sakit macam tuh..... Mama doakan aira cepat sembuh dan sihat cepat yer sayang.....

Dalam pada aira tak sehat tuh, dia sekarang suker sangat meniarap biler ada peluang...Ish ish anak mama nie...sangat bijak.....dah tuh bila dapat meniarap, punyerla suker....tapi biler dah buhsan, menangis pulak sebab penat....hehehehe...terhibur mama melihat keletah anak mama sorang nie....